Wednesday, 28 August 2013

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Nanga Dap, Kanowit (YBB 3309)(AS 554) telah ditubuhkan pada 01.01.1955 di tapak lama iaitu di sebelah hulu Pekan Nanga Dap, Kanowit. Disebabkan oleh masalah tanah runtuh, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membeli satu tapak yang baru dengan keluasan 8.5 ekar iatu di sebelah hilir Pekan Nanga Dap, Kanowit .SK Nanga Dap,Kanowit mendapat nama berdasarkan sebatang sungai iaitu sungai Dap yang terletak tidak jauh dari kawasan sekolah. En. Bujum Nyanggok merupakan Guru Besar yang pertama mengasaskan sekolah baru berkenaan.






Senarai Nama Guru Besar

En.Usit
En. Kalai
En.Ronny 1967- 1968
En. Khong Shau Ee 1968- 1970
En.Wong Chong Phong 1970-1971
En.Joseph Sedadu 1971-1971
En. Ambrose Digat 1972-1975
En.Thomas Linggang 1976-1982
En.Bujum Nyanggok 1983-1994
En.Nicholas Duda 1994-1999
En. Dennis Ansam 1999-2005
En. Ronnie Alphonsus Rais 2005- 2012
En. Nursyukran Fitri Abdullah @ Suran Kiroh 2012- sekarang


IKRAR SEKOLAH

Maka kami, murid-murid SK Nanga Dap, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran kami, dalam mencapai cita-cita bagi merealisasikan hasrat kerajaan kea rah membina generasi Wawasan 2020, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Keluhuran Perlembagaan.
Kedaulatan undang-undang.
Kesopanan dan Kesusilaan.


OBJEKTIF SEKOLAH


 Pelajar dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
 Berusaha untuk meningkatkan pencapaian cemerlang pelajar dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum
 Sentiasa mempastikan keadaan di sekolah ceria, bersih dan selamat.
 Mewujudkan semangat kekitaan dan setia kawan di kalangan guru-guru,kakitangan sekolah, pelajar,ibubapa dan masyarakat setempat.
 Memastikan segala arahan untuk perubahan dan pembaharuan yang dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan dan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah dilaksanakan dengan jayanya untuk mencapai visi sekolah dan juga kementerian pendidikan.











No comments:

Post a Comment