Thursday, 29 August 2013

Lagu Sekolah

Titik Bermula

Berdiri megah SK Nanga Dap,
Di pinggir Sungai Rajang yang indah dan permai,
Jasa baktimu takkan dilupakan,
Kerana kau bersemangat waja.

Melahirkan insan cemerlang,
Gemilang dan terbilang,
Mendukung cita negara,
Ke arah satu Malaysia.

Semangat mu tetap membara,
Apapun rintangan yang tiba,
Demi anak bangsa yang dahaga,
Ilmu penjana minda.

(Chorus)


Melahirkan insan cemerlang,
Gemilang dan terbilang,
Mendukung cita negara,
Ke arah satu Malaysia.

Semangat mu tetap membara,
Apapun rintangan yang tiba,
Demi anak bangsa yang dahaga,
Disinilah titik bermula.

Tempat kami menimba ilmu,
Terletak di sebatang sungai,
Menjadi kebanggaan murid dan guru.

Kami berjanji akan belajar,
Dengan tekun dan sabar,
Jasa guru-guru yang mengajar,
Tak dilupa walau sebentar.

Inilah janji-janji kamu,
Agar dapat capai cita-cita,
Berdisiplin dan berbakti,
Terhadap nusa dan bangsa.

No comments:

Post a Comment