Wednesday, 25 September 2013

SARANA SEKOLAH

SARANA

Sehubungan dengan perancangan dan kehendak kementerian untuk memaksimunkan penglibatan ibu bapa dan guru dalam pembelajaran murid dan anak anak di sekolah, maka pihak pengurusan dan pelaksana Sekolah Kebangsaan Nanga Dap berusaha untuk menyahut cabaran berkenaan dengan sepenuh hati.

Sarana:diberikan definasi sebagai  

(Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
                                                                   -  Kamus Dewan Edisi Keempat


Menurut Scottish Executive (2006), apabila ibu bapa terlibat di sekolah, ANAK mereka akan menjadi:

Ø  Lebih mudah belajar kerana menerima galakan di rumah
Ø  Dapat mengatasi masalah dengan lebih mudah
Ø  Rasa lebih gembira kerana ibu bapa mempunyai hubungan baik dengan sekolah

Manakala, apabila ibu bapa terlibat di sekolah, IBU BAPA

Ø  Mempunyai lebih banyak maklumat mengenai pembelajaran anak
Ø  Lebih berkeyakinan membimbing anak di rumah
Ø  Mempunyai hubungan yang positif dengan sekolah 


KESIMPULANNYA:

 Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti sekolah meningkat
 Kefahaman ibu bapa dan komuniti mengenai cara membantu kecemerlangan murid akan meningkat


    Taklimat bersama ibu bapa bagi sama sama menjayakan sarana sekolah dan ibu bapa














SARANA SEKOLAH
Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah,  ibu bapa dan komuniti bagi menggalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid




















OBJEKTIF
Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik.


BAGAIMANA?

    SARANA SEKOLAH:

      Soal selidik menimbulkan kesedaran  kepada pihak sekolah mengenai ‘kekurangan’        yang perlu diatasi
     Cadangan  aktiviti kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah (6 elemen yang  menyokong pembelajaran & amalan terbaik)

KANDUNGAN SARANA SEKOLAH

        i.            Mengapa ibu bapa perlu dilibatkan di sekolah
      ii.            Panduan Menggunakan Sarana
    iii.            Soal Selidik
    iv.            Tindakan
      v.            Keterangan Skor
    vi.            Analisis Keseluruhan
  vii.            6 Elemen Yang Menyokong Pembelajaran
viii.            Kumpulan Sokongan Ibu Bapa



















No comments:

Post a Comment